Wednesday, 11 December 2013

Cinta (Hati dan Akal dua perangkat lunak yang berkaitan)

“kerana saat ikatan melemah, saat
keakraban merapuh, Saat salam
terasa menyakitkan, saat
kebersamaan serasa siksaan, Saat
pemberian bagai bara api, saat
kebaikan justru melukai aku tahu,
yang rombeng bukan ukhuwah
kita hanya iman-iman kita yang
sedang sakit, atau
mengerdil mungkin dua-duanya,
mungkin kau saja tentu lebih
sering, imankulah yang compang-
camping ,,, “(Ust. Salim A Fillah )

koreksi diri terhadap yang terjadi
pada diri kita tentu akan lebih
membawa maslahat. bersabar diri
dengan saudara kita, inilah yang
akan melekatkan ukhuwah. meski
tak selamanya ukhuwah itu penuh
tawa dan bahagia. kadang tangis,
luka, tersayat, benci, marah, segala macam rasa mungkin
berkecamuk. tapi, jika saja setiap
kita sadar akan potensi yang akan
terjadi pada setiap kita seperti
yang disampaikan Ust. Salim A
Fillah. mungkin rasa-rasa yang
berkecamuk, akan membuat hati
lebih berlapang dada, pelajaran
yang akan semakin mendewasakan
kita.

inilah mungkin sebab cinta itu
adanya di hati. andai kata cinta
itu ada di akal, mungkin segala hal
tentang cinta akan dilogika. meski
tak menutup fungsi akal juga turut
bermain dalam cinta. tapi
penyaring dan peredam semuanya
adalah hati. dialah letaknya iman.
aqidah yang mengikat kita sebagai
saudara, di hatilah letaknya.
dua perangkat lunak yang kadang
membingungkan kita. hati serasa
tebolak-balik. maka, mintalah
ketetapan hati pada Allah.
mintalah dijaga oleh Allah.
tentunya dengan dekat pada Allah.
cinta... sebuah rahasia jiwa yang
seorang ilmuan ternamapun
bingung dibuatnya.

tapi, Rasulullah telah bersabda
tentang cinta ini dalam bahasa
yang lebih indah. “Belum
dikatakan beriman salah seorang
diantara kamu, sehingga ia
mencintai saudaranya seperti ia
mencintai dirinya sendiri ” (HR.
Bukhari).subhanallah....

bersabarlah dengan saudara kita.
janganlah sedikitpun kita
bersuudzon dengannya.
tabayunkan segala hal negatif
yang jika di hati serasa
mengganjal. jangan sampai
berburuk sangka hinggap dalam
hati kita...

Cinta / Sayang / Suka

Kengkadang aku penah terfikir, antara cinta, sayang, dan suka bukan membawa makna dan maksud yg sama. Cinta maksudnya lain. Sayang pun maksudnya lain. Suka pun lain. Tapi kenapa kengkadang ada yg tersalah paham dgn perkataan cinta, sayang atau suka? Hmmm. .

Hahaha. K, pelik pelik je aku niii -,-

Monday, 9 December 2013

Its almost 2014 :>

Tadi sembang sembang dengan mak pasal hari keluarga semalam. Tiba tiba mak tengok gambar gambar aku yg adik tangkap semalam, mak cakap aku makin matang. Hahaha. Ohh seronoknya bila dengar ada yg panggil aku dah matang XD, yelaa selama ni sape je yg kata aku ni matang? Semua kata aku tak matang -.- Mak tak caye tahun depan aku dah naik form 3 dan akan menggalas tanggungjawab yg besar kat sekolah sebagai pengawas :) aku sambung balik tugas lama aku masa sekolah rendah dulu. Rasa tak sabar je tahun depan. Hihihi. Selamat tinggal ahli koperasi, selamat datang pengawas :) wahhhhh ~
Tahun depan kena la jadi matang sikit depan kengkawan. Tak boleh bwak phone, tak ada lagi menyakat azrina tu, tak ada lagi pukul memukul alia afiqah dan tiada lagi tugasan di koperasi. Yippyyyy ~~~~~

Kem kepimpinan 2013 kat Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu :)

Assalamualaikum dan selamat petang ^^ tadi dapat soalan kt ask.fm , ada orang mintk link blog aku ni, tp aku tak bagi. Maaf la, bukan aku taknak bagi tp aku taknak la blog ni umum sangat. Hmm maaf la anonymous yg tanya tu.
Tengok gambar kem kepimpinan haritu kat facebook cikgu khairul tadi, teringat masa kem tu. Hahaha. Sbenarnya taknak pegi pun kem tu, sbb takde kawan. Tapi atas sbb ajakan dari akak tipaa dan alasan yg diberinya tu, aku pun amek la borang dan hantar dkat cikgu.
Dalam bas, aku duduk ngn salfaera. Aku ngan salfaera je yg pegi dlm kelas kami. Aku ngan sal tu tak rapat mana pun.
Masa first sampai kat sana, dibahagikan kumpulan. Aku dapat group 1. Dalam group tu, perempuan yg ada, kak sabrina, aina, syuhadah, ain, syahirah, kak amira, dan akak nabihah :) . Hahaha. Lelaki tak payah sebut ah. Tak penting pun :P . Aku terkejut gak sbb satu group ngan nnz, apatah lg kami tengah mcm gaduh time tu. Hmm. Lepastu dah buat aktiviti, kami masuk bilik. Kat sana, aku kurang makan dan tak berapa nak makan sangat. Entah ar, aku pun tak tau kenapa. Rindu masakan mamamamama kot . Haha.
Sbenarnya aku bukan nk tulis pasal aktiviti 2 hari 1 malam kat sana, tapi aku nak citer pasal perkara yg tak sepatutnya aku buat kat sana. Haha. Rasa nk tergelak je bila teringat perkara ni. Macam niii, masa dlm bilik lepas aktiviti 1 tu, baju kan semua basah, kemudian nk jemur kat tempat penyidai kt belakang bilik tu. Kat bilik tu ada tingkap dan dekat dgn tempat penyidai, masa tu aku tengok takde orang dah kt penyidai tu, tetiba sal cakap kat aku "anis, panjat ah tingkap tu kalo kau nk sidai baju kat luar tu" , then aku pun panjat ah sbb takde orang. Tetiba masa panjat je kat atas tingkap tuuuuu....................tepi tingkap tu ada akak nabihah ! Mak aihhhhh, terkejut aku time tu! Apa lagi, cepat cepat aku masuk bilik balik. Hahaha. Yg kakak tu pun terkejut tengok aku keluar dari tingkap tu. Ya Allah, malunya memang tak terkata ah ! Aku terfikir, agaknya apa yg dia fikirkan pasal aku lepas tengok aku memanjat tingkap tu. Hmmm. Gila ah anis niii, serupa monyet. Haha. Tu la perkara paling tak boleh dilupakan kat kem tu tahu. Haihhh, bila difikirkan balik, aku rasa betapa tak matangnya aku masa tu. Tapi apa apa pun, kem tu seronok sangat wlapun "kami" tak bertegur sapa even kami sekumpulan T_T

Lawatan Kidzania, Kuala Lumpur :)

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh :)
Hmm. Hmm. Hahahahaha. Harini tetiba rasa rindu lawatan kidzania 6.11.2013 haritu. Rasa seronok bila hampir satu kelas 2 Amanah pelajar perempuan dapat pergi lawatan tuu. Seronok sangat ^^ cikgu pesan kat kami, bila dah sampai kat sana, jangan malu nak main permainan kat sana, buat perangai mcm budak budak sebab kalo kami malu nk main kat sana, duit yg kami bayar sia sia je nanti. Dah bayar mahal mahal pastu taknak main, memang membazir ah duit tu. Sampai je kat sana, kami rasa teruja. Hahahaha. Mula mula kt luar tempat tu kami beratur utk dapatkan jam apetah. Kemudian kami pun sampailah kat pintu gerbang utama tempat tu, kami rasa mcm nk menjerit je time tu. Sebenarnya kami memang menjerit pun bila masuk tempat permainan tu. Teruja giler tengok tempat tu! Seronok wehh! Terasa mcm kat zaman budak budak. Kat situ semuanya budak sekolah rendah, kami satu sekolah je yg form 2 dan paling besar kat situ. Hahaha. Banyak aktiviti yg membuatkan kita rasa kita tengah berkerja masa tu. Ada yg jadi polis, doktor, CSI, pelakon, penari, penjual, postman dan banyak lagi ah cita cita yg boleh ditengok kat sana. Aktiviti yg aku masuk kat sana, aku jadi peguam, pelakon, ahli mata silap, CSI, ape benda tah lagi, aku dah lupa ah. Huhu. Tapi seronok ah, rasa enjoy je kat dalam tu. Btw, ni akan jadi kenangan sampai bila bila dengan kelas 2 Amanah :)

Tuesday, 3 September 2013

Malam Ambang Kemerdekaan kat sekolah

Malam tu (30.8.2013) sekolah buat malam ambang kemerdekaan sampai pukul 12.30 pagi . Ramai yg berpakaian baju melayu dan baju kurung . Semua comel comel belaka ;)
Mula mula kena daftar nama kt tempat pendaftaran . Lepas daftar , kami berkumpul kt dataran perhimpunan ramai ramai . Bila dah ramai orang datang , cerita Hati Malaya pun bermula . Tak ramai yg menghayati cerita tu , aku tengok cerita tu best ape . Terasa sakit hati bila ada yg bangkang pasal kemerdekaan .
Malam tu jgak , kawan kawan aku sebok nk cek fon aku . Hahaha . Diorang tengok gambar je . Tapi yg menyakitkan , syahmina tengok gambar akak suria kt fon aku andddd dia bluetooth gambar tu kt fon dia :( gambar akak suria memang banyak pon kt dlm fon aku , ada 81 gambar kot . Dia ckap diaaaaaaaaa masih................ malas ah nk tulis . Huhu.
Dah la , byeee ~ assalamualaikum :(
                                                 

Birthday aku yg ke 14 ♥

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada sesapa yg membaca blog aku waktu pagi . Huhu .
Ni aku nk citer ni yg 14 ogos haritu , aku sambut besday aku . Hehehehe . Tau tak umur aku dah bape ???? Hahahaha . Aku dah genap14 tahun !!!! 

Haihhh , dah kenapa la ngan tab ni , tak boleh nk upload gambar plak . 
                                                        mak ngan wafa (waffer) hahaha



Masa tu aku tak tau nak jemput sape gi umah aku . Yg suroh aku buat besday tu, mak ngan abah yg beria-ia suroh sambut besday kt umah . Aku dapat jemput sikit orang je :( yg dapat datang cuma aqila , sofea , amira , farazila , fatin nadira , natasha , fartinah dannn yg paling dialu-alukan ialahhhhhhhhh akak suria , amerra , kak zatol ngan aten ngok ngek tu . Tak sangka dorang datang jgak . Hehehe . Terima kasih sebab datang :) tp sorry la kalo makanan tak seberapa sebab baru balek dari kampung malam tu. Btw, thanks mak ngan abah sebab bertungkus lumus menyiapkan penyiapan utk besday kali ni ♥  sayang mak ngan abah ♥ 
Dan thanks jgak kepada yg bagi hadiah tu . Banyak jgak hadiah yg aku dapt . Sape yg tak bagi tu aku tak kesah la . Aku tak mintak pon . Setakat wish pon dah cukup :)