Saturday, 14 December 2013

A sampai Z

Hmm. Erti sahabat bagi aku dari A sampai Z . . .

Dari A sampai Z.....

Accepts you as you are
Believes you
Calls you just to say “HI”
Doesn’t give up on you
Envisions the whole of you (even
the unfinished parts)…
Forgives your mistakes
Gives unconditionally
Helps you
Invites you over
Just “be” with you
Keeps you close at heart
Loves you for who you are
Makes a difference in your life
Never Judges
Offers support
Proud to be yours
Quiets your fears
Raises your spirits
Says nice things about you
Tells you the truth when you need
to hear it
Understands you
Values you
Walks beside you
X-plain things you don’t understand
Yells when you won’t listen and
Zaps you back to reality

*harap harap faham ><

Kenapa orang tak suka kita :/

Hmm. Benci? satu perkataan yang
cukup2 abstrak untuk
digmbarkan.... benci tu satu
perasaan negatif yang wujud
dalam diri kita..benci tu satu
perasaan yang menunjukkan kita
memang tak suka sangat2 sama
ada kat sesuatu benda atau
sesuatu orang..

Adakala kita terfikir… Kita
mungkin tidak pernah
menyusahkan hidup sesiapa, kita
mungkin tidak pernah menganggu
hidup orang dan tidak pernah
pula membenci atau menyakiti
mereka. Namun tiba-tiba sahaja
mereka membenci kita. Berkata-
kata buruk tentang kita di
bekalang dan mengaturkan
pelbagai strategi untuk
menyakitkan hati kita.

Sebagai manusia biasa, kita tidak
akan terlepas dari mempunyai
kekurangan pada diri. Mungkin
pada cara kita bercakap, mungkin
pada cara kita berjalan, mungkin
pada mata, mulut, hidung dan
seumpamanya yang menyebabkan
ada sesetengah orang tidak suka,
benci dan meluat melihat kita.

Jika mereka tidak berbuat apa-
apapun mereka akan cuba
melarikan diri dari kita. Seolah-
olah kita ini makhluk yang aneh
atau manusia yang tidak berguna,
tidak perlu mendekati orang
seperti kita. Keadaan yang
diceritakan ini semakin menjadi-
jadi apabila perbuatan masing-
masing mula dizahirkan dalam
Facebook.

Sekarang ni kita pun dah melihat ramai kawan-kawan
yang me’remove’ kawannya yang
menyakitkan hati. Hampir setiap
hari juga kita melihat kenalan
Facebook memaki-maki, marah
dan menulis status-status
berkaitan dengan orang yang
dibenci dan orang membencinya.

Apa sudah jadi dan apa yang
harus kita lakukan?

Berfikir & Renung Sejenak…..

Muhasabah diri. Adakala sikap
orang adalah cermin kepada sikap
kita sendiri. Mungkin kita rasa
kita tidak menyakiti hati orang,
tetapi orang tetap terasa sakit.

Carilah kelemahan pada diri yang
mungkin kita terlepas pandang
dan perbetulkan kembali.

Bertenang dan jangan membalas
kebencian mereka dengan terus
membenci mereka.

Seandainya kita sememangnya
tidak melakukan kesilapan,
kenapa mahu bersedih? Allah
sentiasa bersama dengan orang-
orang yang benar. Jika mereka
membenci kita dan menyakitkan
hati kita, itu dosa mereka. Kita
tak rugi apa-apa, yang perlu kita
sedih bukan sebab mereka
membenci kita tetapi jika kita
membenci orang dan cuba
menyakitkan hati mereka. Kerana
perbuatan itu akan membuatkan
kita hampir dengan dosa.

Cukuplah Berbakti Kepada Orang
Yang Wajib.
Jika kita punyai kawan yang
menyakitkan hati, abaikan sahaja
dirinya. Cukuplah berbakti
kepada orang yang kita perlu taat
seperti ibu ayah, taat suami bagi
seorang isteri dan taat kepada
Allah sebagai seorang manusia.

Mereka yang tidak tersenarai
dalam rantaian kewajipan kita
untuk taat itu kita boleh abaikan
sahaja.

o    Biarlah kawan-kawan
meninggalkan kita yang
penting kita tidak
meninggalkan keluarga.
o    Biarlah seluruh kaum keluarga
memulaukan kita yang penting
kita tidak memutuskan tali
silaturrahim.
o    Biarlah seluruh umat
menyakitkan hati kita yang
penting kita tidak
menyakitkan hati Allah.

Kebahagiaan terletak dalam hati.
Ia bergantung kepada
kepercayaan kita. Seandainya kita
percaya bahawa dipulaukan orang
adalah suatu yang menyedihkan,
maka hidup kita akan terseksa.

Namun seandainya kita faham
bahawa perbuatan terkutuk
mereka dapat menyumbangkan
pahala yang banyak untuk
bekalan akhirat, kita akan
bahagia.

Biarlah manusia yang
leka dengan sandiwara dunia
dengan sikap buruk mereka, yang
penting jangan kita bersikap
buruk pada mereka kerana hidup
kita untuk mencari kebahagiaan
di sana. Bukan melayan
persengketaan yang sia-sia.

Hmm. Bukan benci tp tak suka ah

Merepek! Nonsense ><

Aku benci betul ah soalan merepek dan soalan menyakitkan kat ask.fm :/ kau dah tauu pasal dia yg aku taktau, pastu kau ckap kat aku, memang menyampah ah aku doe.
Aku taktau pape pun pasal tu tentang dia, tp kau tau :/
Hmm. Dari mana kau tau semua tu?
Dah ar nama kau pun aku taktau... tanya pasal macam tu kat aku, buat aku teringat someone ni, aku rasa aku kenal kau weh :/ kawan sekelas dengan aku kan? Hmm. Kau dari tahun lepas lagi buat mcm nii kat aku. Aku taktau ape kau nak. Semua yg aku hampir dapat, semua kau rampas balik. Apa aku buat kat kau sampai kau buat aku mcm nii weh :/

Kecewa ah aku dgn kau skarang nii. Maybe kat skolah, kat dlam kelas aku layan kau dgn baik, tp aku fkir lain pasal kau. Kalo betul kau yg tanya tuu, apasal tak jujur je dgn aku? Kau boleh msej aku, kau ada num phone aku.
Perluu ke kau buat semua nii :/
Kalo aku tanya kau pun, kau takkan jawab jujur :/ sbab aku penah tanya mcm nii kat kau dulu, dan jawapan kau semua tipu. Dah last last aku hampir lupa semua tuu, baru kau nk jujur dgn aku :/

Kenangan sekolah rendah dulu :)

In The Name Of Allah Most
Gracious and Most Merciful

Assalamualaikum :) selamat pagi. May Allas bless us today.

Lagi 2 minggu lebih je lagi dah nak mula skolah tahun 2014. Bila dah start tahun 2014, means aku dah berkawan rapat dan baik dengan aqila, sofea dan amira selama 1 tahun dah :) sbenarnya aku baru berkawan rapat dgn diorang awal tahun ni 2013. Dah kenal lama dah diorang ni, since darjah 1 lagi, cuma tak rapat je.

Kadang kadang tu bila sembang dgn diorang pasal skolah rendah dulu, mesti teringat masa aku darjah 5 dulu, kami sekelas 5 Aktif. Aku slalu kena cubit, buli dgn aqila, sofea, alyaa. Hahaha. Bila kena cubit tuu, rasanya mcm kena sengat dgn scorpion. Thats why ah aku dgn izzat dulu panggil aqila tu 'mama scorpion' . Aku ngan izzat dulu bestfriend, abid pulak boyfriend biskut aku. Sekejap couple, kejap putus. Tu la zaman cinta monyet. Kalo gaduh ngan abid dulu, dia amek kerusi, aku angkat meja. Kalo masih tak puas hati, dia amek pensil, aku amek gunting nak bergaduh. Nabiqhah duk sebelah aku, izzat pun duk sebelah aku, means aku duduk tengah tengah diorang ar. Nabiqhah slalu pesan jangan gaduh. Huhu. Yup, aku memang ganas sikit masa skolah rendah dulu. Tapi slalu lembik bila kena buli dgn aqila. Hahaha. Dan aku kuat nangis. Bila nangis je, mesti aku menyorok kt dlam tandas. Dulu trending aku kalo ada pape, tandas la tempat aku. Merajuk pun dlm tandas, sampai cikgu pujuk suruh keluar. Haha
Darjah 5 tu sbenarnya dah hampir rapat dah dgn aqila and the geng.

Start je darjah 6, kami masih sekelas 6 Aktif. Mula darjah 6 tu, aku, aqila, sofea, nabiqhah (hmm, tu je kot) selalu pegi skolah sama sama naik basikal. Tiap pagi, kami sarapan nasi goreng kat kedai saripdol. Tp kat kelas, aku tak duduk semeja dgn diorang. Aku duduk dgn natasha dgn sape tah lagi. Natasha tu dulu tempat aku carik gaduh. Suka gilerr aku kacau natasha tu. Liyana pulak kuat cemburu. Penah satu hari tu, aku ngan abid kongsi satu rahsia, kami tulis dalam kertas. Natasha nak tau, tp kami tak bagi. Lepas kami dah tulis dlm kertas tu, abid buang kt bwah meja sbb dah nak rehat. Dah habes rehat, kami masuk klas, tngok tngok kertas tu hilang. Pastu natasha ckap kt aku, dia dah tau semuanya *sambil tersengih. Hahaha. Natasha pun ckap yg dia pun sama je dgn aku. Hihi. Rahsia tu tak boleh citer ah ;) aku slalu gaduh ngn natasha, tp ngada ngada je tu. Gaduh kejap je. Masa hari raya tu, kami gaduh gak, natasha bg aku kad raya, dia suruh liyana pass ke aku. Aku sengih sengih sbb dia still bg kad wlaupn gaduh sikit. Natasha guna bhasa 'awak saya' dlam kad tu, tp liyana potong ayat 'saya awak' tu, dia tukar jadi 'kau aku' -,-

Akhir tahun darjah 6, aku slalu gaduh dgn nurin sbb ikhmal. Dan banyak kes kami darjah 6 gaduh dgn sekolah batang kali kat bukit chandang. Hahaha. K, tak boleh ingat pkara nii.

Sekarang nii, wlaupun dah berpisah dgn kwan skolah rendah, dgn natasha, tapi masih contact lagi. Stiap kali hari jadi aku, natasha tak penah lupa tarikh lahir aku dan slalu wish kat aku dan aku pun tak lupa tarikh lahir dia :)
*suddenly teringat semua nii dan trfikir knapa tak dari dulu je aku kawan rapat dgn amira, aqila, sofea. Huhu. Btw, seronok kawan dgn korang ^^ seronok share otak dngan idea meletop korang. Even slalu kecik hati tp biasa ah tu, lumrah kot, pastu elok balik. Hope kekal sampai bila bila :)
*sofea atau aqila, mesti ada yg tengah baca blog nii. Dah tau dahhhh. Hahaha. Stalkerr ~

Ada satu je gmbar natasha dengan aqila, amira, alyaa yg aku masih simpan, natasha yg pakai tudung ungu, baju kurung ungu, yg diri sebelah amira tu, masa hari raya 2011 :)

K ah, nak tidur, mengantuk sbab tidur lambat mlam tadi, pukul 5 pagi. Huhu. K bye *selamat malam.
Assalamualaikum :*

Keikhlasan (muslimah yg ikhlas)

Ibadah dilakukan oleh seorang
muslimah kerana keperluannnya
terhadap Allah sebagai tempat
sandaran hati dan jiwa, sekaligus
tempat memohon pertolongan dan perlindungan.
Dan ketahuilah
saudariku bahawa ikhlas merupakan salah satu syarat diterimanya amal seorang muslimah, di samping dia harus mencontoh gerak dan ucapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam ibadahnya.

“Dan mereka tidaklah disuruh
kecuali supaya beribadah kepada
Allah dengan memurnikan (agama) kepadaNya, dengan
mentauhidknnya.” (Al Bayyinah 5)

Ikhlas adalah meniatkan ibadah
seorang muslimah hanya untuk
mengharap keredhaan dan wajah
Allah semata dan tidak menjadikan
sekutu bagi Allah dalam ibadah
tersebut. Ibadah yang dilakukan
untuk selain Allah atau menjadikan
sekutu bagi Allah sebagai tujuan
ibadah ketika sedang beribadah
kepada Allah adalah syirik dan
ibadah yang dilakukan dengan niat
yang demikian tidak akan diterima
oleh Allah. Misalnya menyembah
berhala di samping menyembah
Allah atau dengan ibadah kita
mengharapkan pujian, harta,
kedudukan dunia, dan lain-lain.
Syirik merosak kejernihan ibadah
dan menghilangkan keikhlasan dan
pahalanya.

Abu Umamah meriwayatkan,
seseorang telah menemui
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan bertanya, “Bagaimana pendapatmu tentang seseorang yang berperang untuk mendapatkan upah dan pujian? Apakah ia mendapatkan pahala?”

Rasululllah shallallahu ‘alaihi wa
sallam menjawab, ” Ia tidak
mendapatkan apa-apa.”

Orang tadi mengulangi pertanyaannya sebanyak tiga kali,
dan Rasululllah shallallahu ‘alaihi
wa sallam pun tetap menjawab, ” Ia tidak akan mendapatkan apa-apa. ”

Lalu beliau bersabda,
“Sesungguhnya Allah tidak
menerima suatu amal, kecuali jika
dikerjakan murni keranaNya dan
mengharap wajahNya.” (HR. Abu
Dawud dan Nasai)

Ketahuilah saudariku… bahawa ikhlas bukanlah hal yang mudah dilakukan.
Ikhlas adalah membersihkan hati
dari segala kotoran, sedikit atau pun banyak – sehingga tujuan ibadah adalah murni kerana Allah.

Ikhlas hanya akan datang dari
seorang muslimah yang mencintai
Allah dan menjadikan Allah sebagai satu-satunya sandaran dan harapan.
Namun kebanyakan wanita pada
zaman sekarang mudah tergoda
dengan gemerlap dunia dan
mengikuti keinginan nafsunya.

Padahal nafsu akan mendorong
seorang muslimah untuk lalai
berbuat ketaatan dan tenggelam
dalam kemaksiatan, yang akhirnya
akan menjerumuskan dia pada
palung kehancuran di dunia dan
jurang neraka kelak di akhirat.
Oleh kerana itu, hampir tidak ada
ibadah yang dilakukan seorang
muslimah boleh benar-benar bersih dari harapan-harapan dunia. Namun ini bukanlah alasan untuk tidak memperhatikan keikhlasan.

Ingatlah bahawa Allah sentiasa menyayangi hambaNya, selalu memberikan rahmat kepada hambaNya dan senang jika hambaNya kembali padaNya. Allah senantiasa menolong seorang muslimah yang berusaha mencari keredhaan dan wajahNya. Tetaplah berusaha dan berlatih untuk menjadi orang yang ikhlas.

Salah satu cara untuk ikhlas adalah
menghilangkan ketamakan terhadap dunia dan berusaha agar hati selalu terfokus kepada janji Allah, bahawa Allah akan memberikan balasan berupa kenikmatan abadi di syurga dan menjauhkan kita dari neraka.

Selain itu, berusaha
menyembunyikan amalan kebaikan dan ibadah agar tidak menarik perhatianmu untuk dilihat dan didengar orang, sehingga mereka memujimu. Belajarlah dari generasi terdahulu yang berusaha ikhlas agar mendapatkan redha Allah.

Hadis Nabi (Jibril Alaihissalam datang menyampaikan wahyu Allah S.W.T)

In The Name Of Allah Most
Gracious and Most Merciful..

Assalamualaikumwarahamtullahiw
abarakatuh..

Sekadar perkongsian dari Hadis
Nabi bila mana datang Jibril Alaihi
salam untuk menyampaikan
wahyu dari Allah.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin
Malik ra. berkata:
Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya:
'Ya Muhammad, aku
datang kepadamu di saat Allah
menyuruh supaya dikobarkan
penyalaan api neraka, maka tidak
layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu
benar, dan seksa kubur itu benar,
dan seksa Allah itu terbesar untuk
bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu Nabi SAW bersabda: 'Ya
Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam itu.'

Jawabnya:
Ya... Ketika Allah
menjadikan Jahannam, maka
dinyalakan selama seribu tahun,
sehingga merah, kemudian
dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun
sehingga hitam, maka ia hitam
gelap, tidak pernah padam nyala
dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan terbuka
sebesar lubang jarum niscaya
akan dapat membakar penduduk
dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu baju
ahli neraka itu digantung di
antara langit dan bumi, nescaya
akan mati penduduk bumi kerana
panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu
pergelangan dari rantai yang
disebut dalam Al-Qur'an itu
diletakkan di atas bukit, nescaya
akan cair sampai ke bawah bumi
yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau
dengan hak, andaikan seorang di
hujung barat terseksa, nescaya
akan terbakar orang-orang yang
di hujung timur kerana sangat
panasnya, Jahannam itu sangat
dalam dan perhiasannya besi dan
minumannya air panas campur
nanah dan pakaiannya potongan-
potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan
perempuan.'

Nabi SAW bertanya: 'Apakah
pintu-pintunya bagaikan pintu-
pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu
terbuka, setengahnya di bawah
dari lainnya, dari pintu ke pintu
jarak perjalanan 70,000 tahun,
tiap pintu lebih panas dari yang
lain 70 kali ganda.' (Ertinya: yaitu
yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah SAW: 'Siapakah
penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibril:

-Pintu yang terbawah
untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yang kafir setelah
diturunkan hidangan mukjizat
Nabi Isa AS. serta keluarga
Fir'aun namanya Al-Hawiyah.

-Pintu kedua tempat orang-orang
Musyrikin bernama Jahim,

-Pintu ketiga tempat orang
Shobi'in bernama Saqar.

-Pintu ke empat tempat Iblis dan
pengikutnya dari kaum majusi
bernama Ladha,

-Pintu kelima orang Yahudi
bernama Huthomah.

-Pintu ke enam tempat orang
Nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibril diam sejenak...
Segan pada Rasulullah SAW,
sehingga ditanya: 'Mengapa tidak
kau terangkan penduduk pintu ke
tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-
orang yang berdosa besar dari
ummatmu yang sampai mati
belum sempat bertaubat.'

Maka Nabi SAW jatuh pengsan
ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya
sehingga sadar kembali dan sesudah sadar Nabi SAW
bersabda: 'Ya Jibril, sungguh
besar kerisauanku dan sangat
sedihku, apakah ada seorang dari
ummat ku yang akan masuk ke
dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, yaitu orang yang
berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian Nabi SAW menangis,
Jibrail juga menangis, kemudian
Nabi SAW masuk ke dalam
rumahnya dan tidak keluar,
kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak
berbicara dengan orang dan bila
sembahyang selalu menangis dan
minta kepada Allah (dipetik dari
kitab 'Peringatan Bagi Yang
Lalai').

Dari Hadits Qudsi:Bagaimana
kamu masih boleh melakukan
maksiat sedangkan kamu tak
dapat bertahan dengan panasnya
terik matahari-Ku ?

Tahukah kamu bahawa neraka
jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu
mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4.Setiap kampung mempunyai
70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan, hal ini dapat
menimbulkan keinsafan kepada
kita semua... Wallahu a'lam.

Al-Qur'an Surat Al-Baqarah Ayat
159 :

"Sesungguhnya orang-orang yang
menyembunyikan apa yang telah
Kami turunkan dari keterangan-
keterangan dan petunjuk hidayat,
sesudah Kami terangkannya
kepada manusia di dalam Kitab
Suci, mereka itu dilaknat oleh
Allah dan dilaknat oleh sekalian
makhluk.

Erti sahabat :)

Dalam dunia ini, kita tidak
punya sesiapa kecuali diri
sendiri… tetapi dalam kita
bersendiri, kita beruntung
kerana mempunyai sahabat
yang memahami kita.

Sebagaimana kita
mengharapkan keikhlasan dan
kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia. Tetapi kita
sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira
tentang harapan dan perasaan
kita sahaja.

Kita rasa dikhianati bila dia
tidak menepati janjinya. Kita
tidak memberi dia peluang
untuk menerangkan
keadaannya.
Bagi kita, itu
alasannya untuk menutup
kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah
membiarkan dia ternanti-
nanti…. kerana kita juga ada
janji yang tidak selalu kita
ditepati.

Kita beri beribu alasan dan
‘memaksa dia menerima alasan
kita. Waktu itu, terfikirkah
kita tentang perasaannya???
Seperti kita, dia juga tahu rasa
kecewa.. tetapi kita sering
terlupa.

Untungnya mempunyai seorang
kawan yang sentiasa di sisi kita
pada waktu kita memerlukan
dia.
Dia mendengar luahan
perasaan kita, segala rasa
kecewa dan ketakutan, harapan
dan impian kita luahkan, dia
memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik
bercerita tentang diri kita
hingga kadang-kadang terlupa
yang kawan kita juga ada
cerita yang ingin dikongsi
bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia
peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa
takutnya…
Pernahkah kita
menenangkan dia sebagaimana
dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar
tentang kejayaan dan berita
gembiranya?

Mampukah kita
menjadi sumber kekuatannya
seperti mana dia meniup
semangat setiap kali kita
merasa kecewa dan menyerah
kalah?

Dapatkah kita yakinkan
dia bahawa kita boleh
dipercayai, kita boleh dijadikan
tempat untuk bersandar bila
terasa lemah, agar tidak
rebah? Bolehkah kita menjadi
bahu untuk dia sandarkan
harapan?

Sesekali jadilah kawan yang
mendengar dari yang hanya
bercerita. Ambillah masa untuk
memahami hati dan perasaan
kawan, kerana dia juga
seorang manusia, dia juga ada
rasa takut, ada rasa… bimbang,
sedih dan kecewa. Dia juga ada
kelemahan dan dia juga
perlukan kawan sebagai
kekuatan. Jadilah kita
kawannya itu. Kita selalu
melihat dia ketawa, tetapi
mungkin sebenarnya dia tidak
setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan disebalik
kesenangannya, mungkin
tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu…tetapi jika kita
cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

Jika anda bersahabat,
bersiaplah untuk berkorban
demi sahabat anda. Jika anda
bermusuhan dengan sahabat
anda, bersiaplah untuk
mengalah demi persahabatan
kalian.

Rasa hormat tidak
selalu membawa kepada
persahabatan, tetapi
persahabatan tidak akan ada
tanpa rasa hormat. Ini
merupakan salah satu hal yg
membuatkan sesuatu
persahabatan itu lebih
berharga daripada cinta.

Walau siapa pun dia, lelaki
atau perempuan, muda atau
tua, nilai ikhlasnya sebuah
persahabatan tiada
ukurunnya
#aqila, amira, sofea, nabiqhah :)