Monday 10 November 2014

Hari yg menyeronokkan, and we spent our day with a lot of MONEY. Hahaha


Lawatan ke Langkawi dgn kelas 3 Amanah tahun 2014 ni......

SERIOUSLY ah aku cakap en....







SERONOKNYAAAAA AAARR XD hahahahahahahaha

Seronok duuu. Hahahaha. Enjoy ah dgn sekelas. 2 hari 3 malam

Bayar RM170 tp ni tak termasuk makan minum. Makan minum tanggung sendiri, huhu tp takpe la. Yg penting seronok.

-Hari jumaat.
-9 malam.

Lepas pack smua, dh sampai skolah. Dah beratur kat skolah, pastu naik bas.
Normal ah perasan takut nk bertolak ke tempat jauh tu ada. Huhu

Duduk dgn miraa dlm bas. Excited bercerita. Hahahaha

Lepas dah bg air mineral, makanan ringan sikit, check nama, dan bacaan doa, lepastu bas pun bergerak.

Malam tu ramai yg excited, tp semua diam je. Cuma sempat lg ah gelak gelak sikit. Hahahaha

Dapat je makanan sponser tu, aku dgn mira dah habeskan dulu makanan tu mlm tu. Hahahaha
Aku tibai biskut miraa. Tak cukup lg dgn biskut mira, aku rembat pulak biskut fara. Hahahahaha

Pukul berapa tah tengah malam tu, berhenti kat r&r kat mana tah utk makan ke tandas ke mana mana je la utk rehat jap.

Apa lg, beli ah makanan. Hahaha nak beli rojak pasembor tu, tetiba dah habes. Apa malang sgt aku malam tu makanan yg aku nk makan tetiba dah habes. Hmm

Lepastu sambung balek.
Lepas naik bas tu, masih ramai lg yg belum tido.
Tp apa yg aku sedar, pukul 2 pagi smua mcm dh tidur je.

Sbb aku terbangun pukul 2 pagi lebih tu sbb aku nk amek inhaler dlm beg, gila apa susah aku nk tidur malam tu dlm bas sbb sejuk, nk tarik nafas pun semput semput.

Pukul 5 pagi lebih dah sampai kat tempat ferri, kuala perlis.
Pegi mandi dgn solat kat masjid dkat area tempat ferri tu.

Perghh sesak, ramai sgt orang dh beratur nk mandi kat situ.
Tandas pun ada 4 bilik je. Mana ah tak sesak kat situ.

Tp ktorang ada yg tak mandi pun pagi tu, just gosok gigi, basuh muka dan tukar baju kat tempat sinki tu.
Aku lah jugak salah sorang drpd mereka yg tak mandi. Hahahaha

Lepas dh solat smua, kumpul balek kat tempat feri tu.

Pukul 7 lebih, dah naik ferri.

Mabuk tol naik ferri ni, pening. Ferri yg kalini aku rasa mcm pening sikit sbb baru lepas keluar dari tandas dlm ferri tu. Hahahahahaha

Dah sampai Langkawi, beratur, naik bas pelancongan.

Pastu pegi sarapan kat gerai mana tah.

Perghhh mahal gak ah makanan kt situ. Dah ah makanan smua dh nk abes.

Aku beli nasi kosong dgn lauk ayam masak kicap sikit je, dah RM4.

Mahal gak ah kat gerai tu.
Smua merungut makanan kat situ.

Lepastu naik bas, dngar taklimat dari agensi pelancongan, tempat 1 yg pergi ialah tempat pembuatan minyak gamat.
Dah ushaa tempat tu, pergi ke tempat lain pulak, iaitu ke makam mahsuri.
Aku tak masuk pun makam mahsuri sbb malas ah lgpun dah penah masuk, pastu kena bayar jugak kalau nk masuk situ.

So yg tak masuk makam mahsuri tu ada ah jugak ramai yg tak masuk, ktorang duk dlm bas, ada ah jugak sekejap pegi merayau kat sekitar kwasan situ nk beli barang.
Aku teringat kat si aizim tu, ahh rasa bersalah pulak kalau tak beli pape kat budak tu, aku pun beli ah t-shirt kat situ, main agak je ah saiz dia.

Lepastu dah naik, dngar citer pasal lagenda mahsuri oleh agensi tu.

Sterusnya pergi ke beras terbakar.
Kat situ pun bukan ada apa sgt. Cuma ada bnyak kedai/gerai jualan je, dan ada sbuah rumah yg dikatakan kawasan tempat dimana tanah tu digali dan beras ditanam dan disimpan kat situ.

Aku taktau knape tp aku tertarik gila dgn belon buih yg dijual kat situ. Huhu, peah belanja aku belon buih wieeee ~
Hahahahaha

Lepastu petang tu, agensi tu suggest sama ada nak pegi naik cable car atau naik boat.

Ktorang ramai yg pilih nk naik boat, so pegi ah kat tempat naik boat tu, namanya Kilim Geoforest Park.

Kena bayar seorang rm25.
Aku mula mula taknak ah masuk, tp lepas agency tu citer pasal apa yg menarik naik boat tu, aku pun masuk ah nk join.

Aku naik satu boat yg ada 10 orang dgn miraa, peah, nabilah, natasha, aishah, syahmina, cikgu hanif dgn agensi pelancongan tu.

Mula mula pakai lifejacket, pastu speedboat tu pun gerak. Perghh laju. Aku duk kat depan, kat tempat depan sekali sbb kat situ boleh rasa air terpercik kena kat aku. Hahahaha

Angin kuat ah. Act, aku batak sikit naik speedboat ni sbb aku tak penah rasa naik speedboat yg laju ni. Huhu

Aku penah naik boat biasa je. Huh, tu yg excited tu.

Mula mula dia bawak pegi ke tempat yg bnyak kawasan paya bakau yg burung helang bnyak tinggal.

Pastu, pergi merentasi kat pintu utama yg menjadi kawasan yg memisahkan antara laut dan sungai kat situ. Antara sempadan nak ke Thailand.

Dah masuk kat laut tu, nampak ah ada sbuah pulau yg berbentuk seperti kasut. Hahahaha serious talk mcm kasut.

Pastu nampak pulak ada mercu tanda yg tertulis Kilim Geoforest Park dan batu kat bukit tu berbentuk seperti penyu. Hahahahaha

Lepastu patah balek, pergi ke tempat sangkar ikan. Turun dari boat, naik ke rumah papan yg tersimpannya sangkar ikan tu.

Orang kat tempat sangkar ikan tu kenalkan kat kami, ikan sumpit. Ikan tu biasa je, cuma kalau dia nk amek makanan dia yg terlekat kat kayu, dia akan sumpit air tu kat kawasan melekat makanan dia supaya makanan tu jatuh akibat air yg terpercik tu.

Orang tu suruh sesapa yg berani, letak jari beberapa centimeters  dari atas air, sbb nk tngok ikan tu sumpit jari kita. Hahahaha aku yg berani ni pun letak ah jari kat atas air tu. Sbb org tu kata ikan tu suka tngok warna putih, kan kuku kita warna putih.

Pluppp! Hahahaha air mercik kena aku. Ikan tu gigit jari aku. Terkejut aku, diorang pun terkejut.
Tp ikan sumpit mmg takda gigi.

So tak sakit pun. Ramai yg cuba. Hahaha miraa tak kena sumpit pun dgn ikan tu, sbb kuku mira berinai warna oren. Hahahahahahaha

Pastu tngok ikan pari, aku jugak diantara yg berani pegi sentuh ikan pari. Huhu.

Pastu belangkas. Haaa yg belangkas ni mmg aku tak berani nk pegang. Huh taktau ah knape tp aku mmg taknak pegang belangkas tu.

Pastu tngok belut laut, lawa do corak belut tu. Tp tak boleh pegang ah sbb org tu kata belut laut ni mcm ular sbb agresif dan akan menyerang org yg menyentuh belut ular ni.

Pastu sbelum naik boat, org tu letak roti kat jari aku dgn sorang kakak anak ustazah tu.
Aku dgn kakak tu bertolak tolak takut nk letak tangan kat bwah papan tu.

Sbb bnyak ikan sumpit kat bwah papan tu. Huhu. Pastu org tu kata ah nak adil letak je terus dua dua jari kami dlm lubang papan tu sama sama. Hahahahaha tergelak ustazah kat situ tngok ktorang.

Ikan tu sumpit jari kakak tu dulu. Huhu, kakak tu kata ikan tu taknak dah roti kat jari aku. Ahh aku pasrah, naik boat terus sambil roti tu masih melekat kat jari aku. Hahahaha

Lepastu gerak naik boat ke tempat terakhr, iaitu gua kelawar. Haa naik gua kelawar, kena diam. Sbb waktu siang kelawar tidur.

Kena sewa ah torchlight nk suluh kelawar. Bnyak kelawar tngah tergantung tidur kat atas gua.

Busuk tu mmg ah busuk, tp tahan ah. Hahahaha btw mmg seronok ah trip naik speedboat ni.

Pastu dah turun dari speedboat, naik bas balik.

Destinasi sterusnya ialah ke Datarang Lang.

Kat situ bnyak helang, dan ada mercu tanda bentuk burung helang.

Lepastu naik bas balik, petang tu terus balek ke tempat penginapan pulak.

Excited smua nk masuk motel.
Lagi lagi motel tu berhadapan dgn complex haji ismail group.

Complex tu tempat membeli belah coklat ke apa ke, smua barang ada.

Kiranya complex tu terkenal ah jugak kat tempat Langkawi tu.

Satu bilik 4 orang.

Aku, miraa, peah dgn fara, duk sebilik.

Apa yg specialnya, kami berempat dapat bilik yg grand jugak lah.

Ktorang main pilih je bilik no 45, punya lh penat ktorang carik kat kawasan atas kat mana bilik tu, rupa rupanya bilik tu kat depan je dgn tempat pendaftaran.

Rupanya, bilik kami tu bilik yg baru dibuat. So, nampak grand lah.

Group kami berempat dgn group natasha berempat ah yg dapat bilik baru. Sbelah sbelah je bilik.

Dlm bilik tu, ada 2 buah katil saiz queen, air conditioner, meja solek, tv dan bilik mandi.

Malam tu lepas dh mandi, solat maghrib pe smua, pukul 8 malam, smua pelajar pempuan, ktorang dh janji kumpul kat lobby nk gerak sama sama pegi beli belah.

Lelaki dgn lelaki ah.

Pastu gerak ah lintas jalan nk pegi kompleks tu.

Masuk je, terus amek bakul pastu syok sndiri carik coklat. Hahahahaha

Dah bayar pe smua, cadang nk pegi makan pulak kat gerai gerai luar kompleks tu. Disebabkan barang yg dibeli tu berat nk angkat sana sini, peah dgn ada yg lain nk balek motel so peah tolong angkatkan smua barang letak kat bilik kami dulu.

Pastu dh carik tmpat nk makan, ktorang cantum meja dan order.

Aku punya lah lama dah order makanan, sampai aku tertidur tidur kat meja makan tu menunggu makanan sampai.

Last last aku bengang, aku suruh org tu bungkus je.

Lepas dh dpt bungkusan tu, aku dgn peah pun balek ah motel.

Aku dgn peah makan kat dlm bilik je.

Aku pun dh ngantuk sgt lepas makan tu, baru pukul 10.30 mlm, aku dh tidur dah.

Yg peah, miraa dgn fara sempat lg gelak gelak main. Aku dh tarik selimut dulu dh tidur. Huhu

Entah pukul berapa diorang tidur aku taktau ah.
Hahahaha

Tngah pagi tu, aku dah tak lena tidur. Sbb batuk batuk, dgn sejuk sgt aircond tu, suhu 17 darjah celcius --' memang ah sejuk gila, dah ar dgn hujan lebat tengah pagi tu.

Peah pun batuk masa tu, dah ar dia conquer sorang sorang selimut tu. Huhu aku dh menggigil tngah pagi tu sbb selimut dah takda lg kat atas badan aku.

Peah gulung badan dia dgn selimut. Ahhhh aku cuba tarik selimut tu tp tak boleh jugak :/

Aku rasa peah tak lena tido tu sbb dia pun batuk batuk malam tu sama dgn aku.

Hm, aku pun sambung ah tido dgn takda berselimut pape, menggigil aku tidur, sambil pegang inhaler.

Dah berapa puluh kali tah aku sedut inhaler tu nk lapangkan dada, tp tak berkesan langsung ubat tu masa kesejukan tengah pagi tu :/
Huhu nk je aku telan ubat ubat tu smua.

Beberapa minit lepas aku cuba tarik selimut dr peah, masa nk tidur tu, aku rasa peah terjaga. Pastu dia selimutkan aku.

Perghhh lega sikit aku rasa, at least kurang ah rasa menggigil tu.

Pastu pukul berapa tah aku terbangun lg, time tu peah pun terbangun, tetiba peah menjerit perlahan.

Aku pun dh pelik ah knape pulak peah ni menjerit kat sbelah aku.

Nak kata ada benda kat dlm bilik tu, takde pun benda tu kat dlm bilik.

Pastu ktorang sambung tido.

Bangun solat subuh, sedar sedar je dah pukul 6.40 pagi. Cepat cepat ah bangun solat.

Yg tak boleh blah, aku dgn peah tak lena tidur sbb memasing batuk.

Tp miraa dgn fara ah yg paling lena tidur sekatil.

Huhu jealous aku tngok orang lain tidur dgn tenang dan lena.

Sedangkan aku dgn peah pulak tidur dlm keadaan yg menyeksakan. Huhu

Pagi tu, aku taknak mandi. Tp lepas kena bebel dgn peah dgn fara, aku pun mandi ah.

Ye ar, awal lagi kot nak mandi pagi tu pukul 8 lebih.

Pastu dh siap smua, gerak nk pegi sarapan kat sbelah motel.

Smua insaf taknak pegi kat gerai gerai kat depan kompleks beli belah tu, sbb mahal belaka. Nasi goreng ada yg sampai rm7.

Kat gerai yg sbelah motel tu, murah je. Sedap pulak tu, smua menyesal pegi makan kat gerai depan kompleks malam tu. Hahahaha

Mula mula aku order 2 keping roti canai. Diorang order char kuey teow, diorang kata sedap yg amat teramat sedap sgt char kuey teow tu.

Aku tanya ah, mesti pedas kan? Diorang kata tak pedas langsung.

Aku pun apa lg, cepat cepat order char kuey teow. Hahahaha roti canai tu dh makan 2 keping, tambah lg dgn char kuey teow pulak.

Memang sedap ah makanan dia.
Smuanya harga RM7.60.

Murah la tu bg aku.

Pastu jalan jalan kat luar kompleks tu.

Ada yg pegi Pekan Kuah. Ktorang tak pegi sbb jauh kena jalan kaki.

Pastu pukul 10.30 pagi, bas dh sampai dan bersiap siap masukkan beg dan barang dlm bas.

Balek tu, dh sampai naik ferri. Lepas naik ferri, naik bas pulak. Dah pukul 1.30 petang, so teruskan jalan dan berhenti kat tepi jalan ada jual jual makanan kat tepi tu.

Ada yg turun.

Yg tragisnya, bas tu dah bergerak.

Dan tetiba ada yg menjerit kata ada 2 orang pelajar tertinggal kat tempat berhenti tadi.

Rupanya marsha dgn fathiin izzati tertinggal kat sana.

Apa lg, cepat cepat ah bas tu carik tempat nk patah balek. Nasib baik tak jauh sngat ah.

Hahahaha marsha dgn fathiin dah berjalan separuh jalan nk kejar bas.

Huhu, kesian diorang. Nasib baik takde pape terjadi kat diorang.

Pastu sambung perjalanan.
Berhenti kat r&r kat Gurun, pukul 3 petang lebih, utk jamak solat zohor dan solat asar.

Pastu teruskan perjalanan, pukul 7.25 malam mcm tu ah, berhenti kat r&r kat Tapah, utk jamak solat maghrib dan isyak.

Pukul 8.30 malam, sambung perjalanan dari Tapah.

Sampai skolah, hampir nk dekat pukul 10 malam ah.

Aku rasa mcm cepat je bas tu bawak dari Tapah ke Batang Kali, dari pukul 8.30 lebih sampai nk dkt pukul 10 mlm. Huhu lajunyaaa

Masing masing excited nk balek.

Sepanjang prjalanan dlm bas masa otw nk balek, smua active je. Huhu

Aku je yg penat terlebih, asyik tidur je dlm bas.

Malam hari ahad tu sampai rumah, mak dgn adik dah tunggu kat bawah, tak sabar nk tngok apa yg aku bawak balek. Hahahaha

Adk tetiba baik hati angkatkan beg aku. Huh ada niat lah tu nk coklat aku.

Aku belikan mak, abah dgn adk baju tshirt.

Utk 2 org abang aku tu tak beli pun. Lgpun diorang taknak. Jimat ah sikit duit aku, hahahaha.

Aku masuk bilik aku....... macam TONGKANG PECAH --'

Dah mcm takda rupa bilik je. Mcm stor je bilik aku lepas angah tidur dlm bilik aku masa ketiadaan aku ke lawatan tu.

Nasib dia dah balek asrama je, kalau tak aku paksa dia kemas bilik aku. Wlaupun mmg bilik aku tu sbelum dia masuk pun mmg dah bersepah pun.

Malam tu aku kelaparan, mak kata mak ada masak ayam masak merah utk aku. Heh heh heh

Terus tidur je malam tu, rasa penat gila kot.

Bangun je lepas solat subuh, terus tidur balek.

Pagi smalam aku bangun tidur pukul 12 tengahari lebih.

Mengantuk dan penat yg teramat penat sangat.

Bangun je tidur, turun bawah, terus carik Wafa.

Tp wafa takde smalam, hmm...

Mak jaga baby Naufal je harini, wafa takde. Hmm

Petang smalam ingatkan nk pegi skolah, sbb smalam ada jadual kena ajar budak budak petang tu bela diri.

Tp disebabkan tudung hitam aku dua dua basuh, dan aku masih rasa penat lg, aku pun malas ah pegi.

Petang ni ah baru pegi ajar.

Dah ah hari ahad siang tu melepas peluang aku nk main kompang utk kenduri, huhu.

Takpe ah.

Overall, lawatan 3 Amanah kalini memang seronok gila ah.

Gambar tah berapa ratus dah kami tangkap sama sama. Hahahahaha

Dan disebabkan penat yg teramat tu jugak, harini baru aku online.

Hahahaha

Ahh cukup ah post utk harini. Penat lah nk type panjang panjang lagi. Huh

Dan.. aku ada beli jugak coklat lebih utk 'orang' lain, tp aku dah give up nk terus mcm ni.

Takpe ah, aku rasa better aku simpan je coklat tu..

Lagipun, coklat tu bukan limited edition sangat pun kan.
Mana mana pun boleh carik coklat tu.

K.



#7,8,9 November 2014
#Langkawi
#3 Amanah 2014
#Lawatan Terakhir

#Try to be independent
#Matured..)
#Day by day...

'AKAL'


K byee. Assalamualaikum :>

2 comments:

  1. Hello dear, Anis Nazirah. You were catched. I'm a professional Stalker. Your blog detected. Hahaha. Sincerely, Sofea Ahmadol Jasmi

    ReplyDelete