Saturday 1 February 2014

4 cara apabila ditinggalkan kawan #copyPaste

Aku ada terbaca satu blog nii, tetibe muncul entry blog tu kat cerita blog dia. Tajuknya 4 cara apabila ditinggalkan kawan. Aku rasa terkilan gak, tengok title blog orang tuu. Rasa mcm ada kena mengena je ngan aku, so aku decide utk baca. So then, aku copy ayat blog Miss Uni ni ^^

1- Fahami kenapa?

Setiap yang berlaku ada alasannya.
Kamu harus ingat, it takes two
hands to clap. Mungkin sesetengah
daripada kamu menjangkakan yang
ini hanya menambahkan luka
dalam hati kamu. Ia sememangnya
benar tetapi ini adalah yang
terbaik. Kadang kala kebenaran itu
pahit untuk dirasa. Tetapi,
percayalah. Jika tidak, kawan kamu
yang lain pasti akan meninggalkan
kamu atas alasan yang sama. Jadi,
kenapa kita hendak biarkan ia
berlaku dua kali? So, think about it

2- Siap sedia untuk meminta maaf

Apabila kamu sudah faham kenapa
kawan kamu menjauhkan diri
daripada persahabatan yang kamu
telah bina selama ini, it is time to
react to that. Jika kamu rasakan
yang kamu telah melakukan
kesilapan, letakkan ego kamu di
tepi dan minta maaf ! Dengan
melakukan demikian, kawan kamu
mungkin akan balik semula kepada
kamu. Tetapi kalau tidak, setidak-
tidaknya rasa bersalah kamu dapat
dihapuskan. Your friend also will
respect you for that. ^^ Selepas
semua ini, jika masalah kamu
berdua masih tidak dapat
diselesaikan, kamu akan rasa
bersyukur kerana setidak-tidaknya
kamu telah cuba. Chaiyok!

3- Maafkan mereka

Jadi, bila kamu sudah meminta
kemaafan daripada kawan atas apa
sahaja kesalahan yang telah
berlaku, pastikan kamu biarkan
kawan kamu itu tahu . Tahu apa tu
yer ? Tahu bahawa kamu telah
memaafkan mereka dan segala rasa sakit hati dan dendam
terhadapnya sudah tiada dalam
kamus hidup dan kamus
persahabatan kamu.Beritahu
mereka juga bahawa jika dia ingin
bercakap tentang masalah ini
secara bersemuka, kamu bersedia
untuk menghadapinya. Berterus
terang! Itu yang paling penting.
Kawan kamu itu mungkin akan
terluka seketika dan tidak mahu
bercakap dengan kamu tetapi lama
kelamaan, mereka akan sedar dan
mereka mungkin akan balik ke sisi
kamu.

4- Tinggalkan mereka sendirian

Selepas melakukan semua langkah
di atas, perkara yang terbaik yang
boleh kamu lakukan ialah leave
them alone and let them decide
what they want to do. Jangan
merayu-rayu agar mereka kembali
kepada kamu. Ini hanya
memperlihatkan bahawa kamu
amat terdesak dan kamu mungkin
tidak mahu melihat diri kamu
sendiri sebagai seorang yang
lemah. Apa yang utama, you have
done your part dan jika mereka
mengambil keputusan untuk
kembali kepada kamu, biarlah
dengan rela hati mereka sendiri.
Semakin kamu mendesak, semakin teruk ia akan jadi.

'' Never take a person for
granted. Hold every person
close to your heart cause you
might wake up one day &
realise that you have lost a
diamond while you were too
busy collecting stones. ''

No comments:

Post a Comment