Thursday 27 February 2014

Hari peringatan pandu puteri sedunia :)

First time aku sertai aktiviti renjer puteri kat luar skolah. Huuu :3 aku, kak rumaisyah, hanezah ngan anushri. Kami pegii kat ampang pecah. Smua skolah daerah hulu Selangor ada. Mmang ramai gak ah. Skolah rendah pun ada, ramaii ~
Sampai sana, kami buat adat istiadat rasmi pandu puteri. Buat ladam kuda. Lepastuu nyanyi, ikrar, doa pastu ada taklimat dari pengarah daerah, sambil kami berdiri kat tngah panas dlm bentuk U -_- Nak patah kaki aku rasa diri lama lama -_-

Ada 3 jenis pandu puteri, yg pertama PP Tunas, kedua PP Remaja, ketiga PP Renjer. PP Renjer yg palingg besar…hahaha
Aku masuk PP Renjer bukan PP Remaja sbb aku pakaii scarf yg warna blue black tuu.
Masa kat kumpulan PP Renjer, ramai gak yg berkenalan pastu tanya kat aku, form berape? Aku jawab, form 3. Diorang smua terkejut. Hahaha. Means, aku yg paling kecik kat group PP Renjer tuu :3 sbb PP Renjer umur form 4 ngan form 5. PP Remaja yg form 1,2,3.
PP Renjer lebih kurang 70 orang. Aku ngan kak rumai kat group Renjer. Hanezah ngan anushri kat group Remaja. Hahaha. Mcm besar sgt aku nii pegi masuk Renjer.
Renjer, ktorang buat mcm mcm aktiviti. Mula mula kenal kenal pastu carik 10 orang dari skolah yg brlainan dan tulis nama, nama skolah dan tandatangan. Huhu. Pastu main ice breaking. Pastu duduk kat dlam group yg dari skolah lain lain, seramai 9 orang satu group, ada 8 group. Pastu stiap sorang kne buat satu buku nota sbagai cenderahati utk ditukar tukar dgn orang lain masa tamat aktiviti nanti, kne tulis 'kata kata cinta' kat dalam nota tuu and pesanan. Pastu mesyuarat skejap, utk perlantikkan pengerusi dan bahagian AJK PP Renjer daerah hulu Selangor.
Lepastuu sbelum balek, salam salam sambil pas pas buku nota. Aku dapat buku nota dari Nisa, SMK Tman bunga raya. Huhu. Aku taktauu sape dapat buku nota aku :3 benda pelik pelik je aku tulis kat dalam nota tuu. Hahaha.
Btw, seronok ah aktiviti renjer :) aku tanya kat hanezah apa aktiviti diorang buat kat PP Remaja? Diorang ckap kne menyanyi lagu skolah masing masing pastu main permainan mcm budak budak :3 hahaha.
Seronok gilerr, dapat ramai kawan baru, tp kbanyakkannya form 4 ngan form 5 sbb aku masuk kat group PP Renjer yg umurnya form 4 dan 5. Haha. Yg kak haziqah najihah, tak abes abes carik pasal ngan aku, panggil aku 'budak' pulak tuu -_- kak fara baik sikit drpd kak hazimah ngan kak nisa :p , kak fara tolong aku buat buku nota :) haha
Jumpa kak jieha zamri, patut ah mcm kenal je, skolah syed mashor rupanya. Haha
Buku nota tuu aku simpan utk nota aku nk tulis for kata kata semangat. Heee ^^
Waktu dah tamat program tuu, aku check fon kejap. Tengok tengok, ada 10 missed call dari cikgu faezah ngan cikgu hamimah :3 memang abes ah akuu sampai skolah. Cikgu tanya aku knape tak jwab call? Hahaha. Prkara paling mengerikan bila tengok 10 missed call dari cikgu faezah ngan cikgu hamimah :3

Sejak balek dari aktiviti nii, aku rasa semangat aku berkobar kobar wehh :3 mcm aku nii dah besar sangat. Hahaha. Tp masa borak borak time first sampai kat sana, kak rumai citer kat aku yg ada beberapa budak form 2 renjer puteri tak suka kat bekas pengerusi renjer skarang. Kak rumai kata, budak budak tuu panggil bekas pengerusi 'kakak kerek'. Perghhh, mmang menyirap giler darah aku masa tuu. Kak rumai pun rasa bengang masa dgar budak tuu cakap camtu kat dia. Aku dngar jee pasal tu, terus aku tanya kak rumai yg mana satu budak yg tanya tu? Kak rumai kata nanti dia tunjuk kat skolah, tp kak rumai pesan kat aku, jangan serang budak tuu -_- ikutkan hati mmang kene budak tuu. Agak agak ah nk panggl camtuu, respect ah orang lebih besar! Yg korang panggil 'kakak kerek' tuu, itulah pemimpin! Ketua renjer puteri gak! Wlaupun dh letak jawatan, tp hormat ah jugak. Dah bnyak yg bekas pengerusi tuu buat utk nama baik renjer puteri. Kalo dah tak suka sangat tuu, okay ah, tp tak perlulah sampai nk panggil 'kerek' bagai. mcm bagus sgt je korang nii sampai nk panggl bekas pengerusi camtu. Nasib aku takde kuasa tinggi je, kalo tak aku dah keluarkan korang dari renjer puteri :3 seghiouslyyy, aku nk carik tauu sampai dapat sape yg panggil camtuu.

Kata kata hikmat - "Seorang pemimpin yg hebat tidak mengarah, tetapi menunjukkan cara yg betul utk dijadikan contoh"

No comments:

Post a Comment