Wednesday 9 July 2014

Nikmat.

Bismillahirrahmanirrahim... :)

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” -surah Ar Rahman.

Kalau dibaca tafsiran bagi surah ar rahman ni, kita dapat tengok ayat tu diulang sebanyak 31 kali dlm surah ar rahman.
Haa, ayat tu ada dlm ayat yg ke-13, 16, 18,
21, 23, 25, 28, 30, 32,
34, 36, 38, 40, 42, 45,
47, 49, 51, 53, 55, 57,
59, 61, 63, 65, 67, 69,
71, 73, 75, dan 77.

Cuba baca buku Numerologi Al Quran , dalam buku tu ada disebut, kita memang diajak utk menguak kecantikan Al Quran dari sisi numerologinya.

Dan angka sebanyak 31 kali tu, kalau kita carik lebih mendalam apa yg dimaksudkan, kita akan faham bila dh terbaca surah Luqman ayat yg ke- 31.

Dan bila difikirkan lagi en, angka 31 tu kan jumlah maksimum hari dlm bulan. Tu tandanya Allah ingatkan kita kena sntiasa bersyukur setiap hari.

“Tidaklah engkau memperhatikan
bahawa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan nikmat Allah agar diperlihatkan-Nya kepadamu sebahagian dari tanda-
tanda (kebesaran)-Nya. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran)- Nya bagi setiap orang yang sangat sabar dan banyak bersyukur.” -surah Luqman (ayat: 31)

Ada kaitan antara ayat dari surah Ar Rahman tu, dgn surah Luqman ayat ke 31. Tentang nikmat yg Allah bagi kat kita selama ni.

Memang sesuai ah kandungan maksud dlm surah ni dgn namanya surah Ar Rahman iaitu Yang Maha Pemurah.

Tentu ah berkali-kali ayat yg
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” itu ada dalam Al Quran, dalam surah Ar Rahman, sbb mmg demikianlah keadaan kita manusia dari zaman dulu hingga
sekarang yg kerap mendustakan kenikmatan dari Allah. Surah Ar
Rahman ni boleh buatkan kita sedar, mengingatkan kita.
Jadi, kita carilah nikmat apa yang sebetulnya sudah kita miliki, yang boleh kita lihat atau rasakan, yg memang sudah diberikan Allah utk kita.

So, nilai yg dapat kita jadikan pengajaran kat sini, bersyukurlah dgn nikmat yg kita dapat tiap hari.

Lagi satu, apa yg pergi dan datang dlm hidup kita, ada hikmah.....
K, takda kaitan eh? Hahaha.

Jangan jadikan seseorang itu sbagai penghalang utk kita terus hidup dan berjaya di dunia dan akhirat.

Hold your head high and prove you're better than the people that hurt you.
Just take a deep breath and forget all the hurtful things.

Tu je.

No comments:

Post a Comment