Saturday 4 January 2014

First day sekolah :D (lambat update)

Assalamualaikum w.b.t :)
Fuhhh, lama bebenor aku tunggu masa nk update entry blog kali nii, mana taknya, asyk busy jee, pastuu penat je memanjang. Huhu. Haaa, entry blog kali nii adalah tentang hari pertama aku bersekolah 2.1.2014  pada sesi pagi sebagai form 3 ^^

*Masa kat rumah
6 a.m = aku dah bangun dari tidur. Sbenarnya aku malas lagi nk bangun waktu tuu, aku rasa ngantuk lagi. Lepas tu mak gerakkan aku, dan aku pun bangun dan terus mandi. Lepas mandi aku pakai baju dan solat subuh. Baju sekolah, beg dgn tudung semua aku dh gosok awal, so takde ah kelam kabut. Lepastu aku sarapan nugget dgn susu yg memang aku slalu minum, means aku memang kena minum susu slalu. Susu tu mcm minuman asas bg aku, dan bukannya air mineral. Kemudian, masa nk pakai tudung tuu aku memang ada masalah sikit. Thats why ah aku benci tudung baru -.- susah nk betulkan tudung tuu. Aku kira dah nk dekat 15 kali aku bukak pakai tudung tuu. Dari 6.40 sampai nk dkat 7 pagi aku mgambil masa pakai tudung tu. Sangat letih. Dah salam mak, aku terus keluar dan pegi rumah amira.

*Masa sampai kat sekolah
7.15 pagi = kami beratur kat tapak perhimpunan. Masa smpai, aku rasa janggal dan takut takut sikit sbb ramai orang memandang, maklumlahhh, aku dah pakai baju biru skarang nii. Hihihi ^^ kmudian pengawas beratur kt belakang barisan. Kmudian beberapa org cikgu berucap. Sorang demi sorang cikgu yg brucap. Turn ayahnda, aku dh mengeluh sbb ayahnda memang trkenal dgn memberi ucapan yg panjang lebar, tp entah knape ayahnda cakap sekejap je haritu. Dan sampai ke turn cikgu hishamuddin, nahh amek kauuuu, lama bebenor berucapnya. Huhu. Letih aku duduk kt tapak perhimpuan tuu. Kmudian dah selesai smua, kami dilepaskan ikut kelas.

*Masa kat kelas
Aku tak ingat pukul brape masuk kelas = aku ingatkan kelas 3 Amanah kat bawah mcm biasa, tp tetibe cikgu ckap kelas kami kt tingkat atas sekalii. Memang ramai yg mengeluh ah time tu. Mana taknya, dari dulu lagi kelas kami asyk kt atas je -,- penat tahuuuu. Apa pun, kami terima jelaa. Even kelas tu agak kosong, tp nanti kami akan usaha utk ceriakan kelas kosong tuu. Huhu. Seronok gak duduk kelas tingkat atas. Hihi. Kat kelas, mula mula aku duduk semeja dgn amira ngan sofea. Kami brtiga. Kmudian guru kelas kami pun masuk. Guess who? Ustazah Ruhaida!!!! Ustazah yg mengajar kami bhasa arab tahun lepas. Hahaha. Memang kami expect dia pun guru kelas kami tahun nii. Kmudian ustazah tengok kdudukan kami kat kelas, ustazah mintak kami bangun semula, cause ustzah nk susun semula. Haihh. Mula lah kami semua mengeluh lagi. Dan tau tak aku dapat duduk kt mana? Aku duduk kt kedua belakang tepi tingkap tuu. Yg menghadap dgn library tuu. Aku duduk dgn marsha. Dan trpisah dgn amira -,- mula mula dapat duduk brdua dgn amira, tp ustzh ckap aku tinggi dan nk pisahkan aku ngan amirah dgn kne duk blakang. Huhu, sad life betul laaa. Tak sangka ustzah anggap aku budak tinggi. Hihi. Terasa bangga sikit. Marsha asyk mgadu kt putri dgn nabilah yg duduk kt blakang kami, dia mgadu aku nii pendiam dan pemalu. Wehhh, aku bukan pemalu cuma aku tak tau nk ckap apa. Hahaha. Janggal rasanya duduk kt belakang dgn orang orang tinggi. Dan kelas kami menerima pelajar lelaki baru dari Sabah. Nama dia Ikmal Izzudin bin Shamsuddin. Haha. Dia nii pelik sikit perangainya. Memang pelik dari yg aku kenal. Hahaha

*Lepas rehat
Cikgu cikgu pun masuk ikut jadual. Setakat nii, guru math aku ialah cikgu Faezah. Cikgu nii memang bnyak pantang larang dia. Haritu jugak, cikgu Faezah dah bg kami homework. Haihh, banyak jugak laa kerjanya. Dan macam macam yg dia larangkan utk kami. Lepastu yg pengawas, pss, prs, ketua kelas, semua yg ada jawatan, kena turun laman ilmu. Ada taklimat dari cikgu rohana, pasal seminar ataupun kursus kepimpinan perdana pemimpin utama pada hari sabtu. Kmudian dh slesai, naik ke kelas. Cikgu takde sesape pun kt kelas. Beberapa minit lepastu, teacher normy harlizah pun masuk. Haaa teacher tu ajar kami english. Teacher nii bagus, aku suka cara dia melayan kami dan cara dia berinteraksi. Very excellent ^^ teacher mintak kami intro diri kami. Teacher tu kenal aku rupanya, huhu. Dan dah slesai kami brintro, loceng brbunyi dan kami balek.

*Sampai kat rumah
Sampai je kt kawasan rumah, mak dah tunggu aku kt luar pagar rumah. Mak tanya camne skolah? Aku cakap, okay je. Then aku masuk bukak tdung, gantung tdung kt penyidai dan terus amek wudhu' utk solat zohor. Lepastu naik bilik, aku terus tidur. Pengsan aku balek dari skolah. Dari pukul 2 smpai pukul 6 ptang aku tidur. Mengantuk dan penat punya pasal ah nii. Letihnya skolah sesi pagii, hmm. Lepas nii kena kurangkan online. Kurangkan penggunaan yg melibatkan fb, twitter, wechat, blog, dan sbagainya. Aku dah takda masa sgt nk online online nii. Kecuali nk carik maklumat. Tu je.

So itu lah tentang first day aku skolah. Memang first first nii, aku pakai tdung selekeh sikit. Huhu. Memang letih sangat hari first skolah. Tp mak ckap kena biasakan hidup bangun awal pagi. Biar badan sehat dan cergas ^^ tahun nii, in shaa Allah, tak banyak aku nk ponteng ponteng skolah lagi. Kurangkan alasan demam aku. Kena semangat sikit tahun nii sekolah. Hihihi.
Tu je lah nampaknya yg aku boleh citerkan. Okay. K byeeee ~
Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment