Saturday 14 December 2013

Erti sahabat :)

Dalam dunia ini, kita tidak
punya sesiapa kecuali diri
sendiri… tetapi dalam kita
bersendiri, kita beruntung
kerana mempunyai sahabat
yang memahami kita.

Sebagaimana kita
mengharapkan keikhlasan dan
kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia. Tetapi kita
sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira
tentang harapan dan perasaan
kita sahaja.

Kita rasa dikhianati bila dia
tidak menepati janjinya. Kita
tidak memberi dia peluang
untuk menerangkan
keadaannya.
Bagi kita, itu
alasannya untuk menutup
kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah
membiarkan dia ternanti-
nanti…. kerana kita juga ada
janji yang tidak selalu kita
ditepati.

Kita beri beribu alasan dan
‘memaksa dia menerima alasan
kita. Waktu itu, terfikirkah
kita tentang perasaannya???
Seperti kita, dia juga tahu rasa
kecewa.. tetapi kita sering
terlupa.

Untungnya mempunyai seorang
kawan yang sentiasa di sisi kita
pada waktu kita memerlukan
dia.
Dia mendengar luahan
perasaan kita, segala rasa
kecewa dan ketakutan, harapan
dan impian kita luahkan, dia
memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik
bercerita tentang diri kita
hingga kadang-kadang terlupa
yang kawan kita juga ada
cerita yang ingin dikongsi
bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia
peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa
takutnya…
Pernahkah kita
menenangkan dia sebagaimana
dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar
tentang kejayaan dan berita
gembiranya?

Mampukah kita
menjadi sumber kekuatannya
seperti mana dia meniup
semangat setiap kali kita
merasa kecewa dan menyerah
kalah?

Dapatkah kita yakinkan
dia bahawa kita boleh
dipercayai, kita boleh dijadikan
tempat untuk bersandar bila
terasa lemah, agar tidak
rebah? Bolehkah kita menjadi
bahu untuk dia sandarkan
harapan?

Sesekali jadilah kawan yang
mendengar dari yang hanya
bercerita. Ambillah masa untuk
memahami hati dan perasaan
kawan, kerana dia juga
seorang manusia, dia juga ada
rasa takut, ada rasa… bimbang,
sedih dan kecewa. Dia juga ada
kelemahan dan dia juga
perlukan kawan sebagai
kekuatan. Jadilah kita
kawannya itu. Kita selalu
melihat dia ketawa, tetapi
mungkin sebenarnya dia tidak
setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan disebalik
kesenangannya, mungkin
tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu…tetapi jika kita
cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

Jika anda bersahabat,
bersiaplah untuk berkorban
demi sahabat anda. Jika anda
bermusuhan dengan sahabat
anda, bersiaplah untuk
mengalah demi persahabatan
kalian.

Rasa hormat tidak
selalu membawa kepada
persahabatan, tetapi
persahabatan tidak akan ada
tanpa rasa hormat. Ini
merupakan salah satu hal yg
membuatkan sesuatu
persahabatan itu lebih
berharga daripada cinta.

Walau siapa pun dia, lelaki
atau perempuan, muda atau
tua, nilai ikhlasnya sebuah
persahabatan tiada
ukurunnya
#aqila, amira, sofea, nabiqhah :)

No comments:

Post a Comment