Saturday 14 December 2013

Kenapa orang tak suka kita :/

Hmm. Benci? satu perkataan yang
cukup2 abstrak untuk
digmbarkan.... benci tu satu
perasaan negatif yang wujud
dalam diri kita..benci tu satu
perasaan yang menunjukkan kita
memang tak suka sangat2 sama
ada kat sesuatu benda atau
sesuatu orang..

Adakala kita terfikir… Kita
mungkin tidak pernah
menyusahkan hidup sesiapa, kita
mungkin tidak pernah menganggu
hidup orang dan tidak pernah
pula membenci atau menyakiti
mereka. Namun tiba-tiba sahaja
mereka membenci kita. Berkata-
kata buruk tentang kita di
bekalang dan mengaturkan
pelbagai strategi untuk
menyakitkan hati kita.

Sebagai manusia biasa, kita tidak
akan terlepas dari mempunyai
kekurangan pada diri. Mungkin
pada cara kita bercakap, mungkin
pada cara kita berjalan, mungkin
pada mata, mulut, hidung dan
seumpamanya yang menyebabkan
ada sesetengah orang tidak suka,
benci dan meluat melihat kita.

Jika mereka tidak berbuat apa-
apapun mereka akan cuba
melarikan diri dari kita. Seolah-
olah kita ini makhluk yang aneh
atau manusia yang tidak berguna,
tidak perlu mendekati orang
seperti kita. Keadaan yang
diceritakan ini semakin menjadi-
jadi apabila perbuatan masing-
masing mula dizahirkan dalam
Facebook.

Sekarang ni kita pun dah melihat ramai kawan-kawan
yang me’remove’ kawannya yang
menyakitkan hati. Hampir setiap
hari juga kita melihat kenalan
Facebook memaki-maki, marah
dan menulis status-status
berkaitan dengan orang yang
dibenci dan orang membencinya.

Apa sudah jadi dan apa yang
harus kita lakukan?

Berfikir & Renung Sejenak…..

Muhasabah diri. Adakala sikap
orang adalah cermin kepada sikap
kita sendiri. Mungkin kita rasa
kita tidak menyakiti hati orang,
tetapi orang tetap terasa sakit.

Carilah kelemahan pada diri yang
mungkin kita terlepas pandang
dan perbetulkan kembali.

Bertenang dan jangan membalas
kebencian mereka dengan terus
membenci mereka.

Seandainya kita sememangnya
tidak melakukan kesilapan,
kenapa mahu bersedih? Allah
sentiasa bersama dengan orang-
orang yang benar. Jika mereka
membenci kita dan menyakitkan
hati kita, itu dosa mereka. Kita
tak rugi apa-apa, yang perlu kita
sedih bukan sebab mereka
membenci kita tetapi jika kita
membenci orang dan cuba
menyakitkan hati mereka. Kerana
perbuatan itu akan membuatkan
kita hampir dengan dosa.

Cukuplah Berbakti Kepada Orang
Yang Wajib.
Jika kita punyai kawan yang
menyakitkan hati, abaikan sahaja
dirinya. Cukuplah berbakti
kepada orang yang kita perlu taat
seperti ibu ayah, taat suami bagi
seorang isteri dan taat kepada
Allah sebagai seorang manusia.

Mereka yang tidak tersenarai
dalam rantaian kewajipan kita
untuk taat itu kita boleh abaikan
sahaja.

o    Biarlah kawan-kawan
meninggalkan kita yang
penting kita tidak
meninggalkan keluarga.
o    Biarlah seluruh kaum keluarga
memulaukan kita yang penting
kita tidak memutuskan tali
silaturrahim.
o    Biarlah seluruh umat
menyakitkan hati kita yang
penting kita tidak
menyakitkan hati Allah.

Kebahagiaan terletak dalam hati.
Ia bergantung kepada
kepercayaan kita. Seandainya kita
percaya bahawa dipulaukan orang
adalah suatu yang menyedihkan,
maka hidup kita akan terseksa.

Namun seandainya kita faham
bahawa perbuatan terkutuk
mereka dapat menyumbangkan
pahala yang banyak untuk
bekalan akhirat, kita akan
bahagia.

Biarlah manusia yang
leka dengan sandiwara dunia
dengan sikap buruk mereka, yang
penting jangan kita bersikap
buruk pada mereka kerana hidup
kita untuk mencari kebahagiaan
di sana. Bukan melayan
persengketaan yang sia-sia.

Hmm. Bukan benci tp tak suka ah

No comments:

Post a Comment