Wednesday 18 December 2013

Obses dengan My Girlfriend is A Gumiho . Tapi tak bermakna aku nii kpopers ~ haha

Sejak citer nii mula lagi aku dah minat gilerr ngan citer nii. Tah kenapa obses sangat ngan citer nii. Setiap kali siaran citer nii dah nak mula je, aku dah duduk depan tv dan sediakan fon untk rakam citer nii. Aku suka rakam citer ni supaya boleh tengok balek citer tuu bila malam.

Citer nii mengesahkan pasal seekor gumiho (rubah berekor 9) yg difitnah oleh orang zaman dia dulu pasal tu ah dia tak boleh kahwin. Disebabkan fitnah tu, dia dikurung dalam sebuah lukisan. Satu hari tuu, Cha Dae Woong pergi ke tokong tempat letaknya lukisan yg gumiho kena kurung tu, dan atas arahan dan takut dgn gertakan gumiho tuu, Dae Woong pun lukiskanlah 9 ekor utk rubah tu. Kemudian gambar rubah tu hilang dari tempat lukisan tuu, dan berubah menjadi seorang perempuan comel. Dia berterima kasih pada Dae Woong, wlapun Dae Woong masih takut masa tu. Dan sejak tuu, gumiho terus ikut kemana je Dae Woong pegi. Sbagai balasan kerana lepaskan dia dari lukisan tu, gumiho tu bagi badan Dae Woong bebola ajaib yg hebat tu.

Sbenarnya Dae Woong rimas sangat dgn gumiho tu, so dia berniat nk tinggalkan gumiho tu. Tapi entah knapa, dia rasa berat hati nk tinggalkan gumiho. Apatah lg bila dia tengok hujan turun je, mesti dia terfikir gumiho tengah nangis sbab ditinggalkan. Bebola ajaib tu sangat penting bg gumiho, ibarat mcm nyawa gak ah.
Dan sejak gumiho tinggal dgn Dae Woong, dia diberi nama dan dipanggil sbagai Mi Ho :) .

Sepanjang dia tinggal dgn manusia, banyak yg dia dapat. Dia dah berkawan dgn makcik kedai ayam goreng. Dia ada sorang kenalan yg lebih kurang mcm dia, namanya Dong Ju, tp Mi Ho panggil Cikgu Dong Ju sbab cikgu tu ajar banyak kat dia mengenai khidupan manusia. Dong Ju sbenarnya nk hantar balek Mi Ho ke tempat asal, tp dia tak boleh paksa Mi Ho.
Mi Ho citer kat Dong Ju yg dia nk jadi manusia, dan Dong Ju pun tolong Mi Ho jadi manusia. Nak jadi manusia, Mi Ho kena yakin dia boleh harapkan Dae Woong utk simpan bebola ajaib dia selama 100 hari. Actually, Dong Ju tak bgtau spenuhnya kt Mi Ho yg slepas 100 hari dia dah kluarkan bebola ajaib tu, salah sorang dari Mi Ho atau Dae Woong akan mati. Dan pekara paling menyakitkan, Mi Ho terpaksa tengok orang yg dia sayang, Dae Woong mati depan mata dia lepas keluarkan bebola ajaib.

Mi Ho tak bgtau Dae Woong yg dia nk jadi manusia sepenuhnya.
Dae Woong penah kena kemalangan yg menybabkan cedera parah. Dia spatutnya tak boleh sembuh dalam 3-4 bulan, tp disebabkan bebola ajaib, dia dah sembuh spenuhnya dlm masa 10 hari je.

Mi Ho kenal dgn girlfriend lama Dae Woong, iaitu Hye In. Mi Ho panggil pempuan tu pemfitnah. Sbab Hye In penah tipu Mi Ho.

Mi Ho sukakan daging. Itulah mkanan ksukaan dia. Mi Ho ni agak lurus bendul sikit pasal kehidupan manusia. Dia tak berapa tahu pasal teknologi yg digunakan manusia. Sampaikan satu hari nii, Dae Woong bwak Mi Ho pegi beli belah barang keperluan rumah. Dkat sana banyak alat teknologi mcm vakuum, ketuhar, tu, kipas dan mcm mcm lg. Dae Woong suka tipu Mi Ho pasal teknologi yg Mi Ho taktau, contohnya mcm penimbang berat, Dae Woong cakap kt Mi Ho yg benda ni boleh tunjuk usia kita, pastu Mi Ho pun diri laa kat atas penimbang dan Mi Ho percaya bulat bulat kata Dae Woong. Hahahaha. Lawak gilerr yg part nii

Bila dah lama dia hidup dgn Dae  Woong, dia rasa sangat syangkan Dae Woong dan taknak lepaskannya.

Dae Woong sbenarnya suka Hye In, tp sejak muncul Mi Ho dan tinggal dgn Mi Ho, Dae Woong jatuh cinta kt Mi Ho <3 Banyak perkara yg trjadi sepanjang 100 hari menunggu jadi manusia tuu. Ending dia, kalo tak silap aku, Dae Woong kejar dan carik Mi Ho kat lapangan terbang kot, sbab Dae Woong nk bagi bebola ajaib tu balek kt Mi Ho, dan dia terima kalo dia perlu mati lepas keluarkan bebola ajaib tuu. Dae Woong ckap dia sanggup terima apa je risiko sbagai orang yg mencintai. Ending dia yg sbenarnya aku tak ingat ah. Even citer ni aku dah tengok banyak kali, tp aku tak tengok ending dia bnyak kali, aku tengok skali je. Huhu Kalo nk tau jalan citer dia yg sbenarnya, tengok ah citer tu. Takpun, search je kat google "sinopsis My Girlfriend is a Gumiho" Overall, aku suka tengok pasangan Dae Woong ngan Mi Ho nii berlakon. Comel sangat ^^ Tp aku menyampah ngan Hye In sbab asyk nk putuskan hbungan Dae Woong ngan Mi Ho.

No comments:

Post a Comment